Saturday, May 12, 2012

Dikaulah Annisa'..

Terpesona diriku terkesima seketika
Melihat si bunga anggun mawar berduri
Hatiku terusik mencipta tautan hati
Membawa jiwa ini dan hati ini menjadi milikMU,Penciptaku.
Ku tersedar dalam keharuman yang mekar
Rupanya hatiku telah dimiliki
Si pemilik cinta setelah ALLAH dan RASUL
Pengamal sunnah perindu syahid ke Jannah
Lantas ku berdiri menyebarkan rasa cinta ini
Rasa cintamu kepada Penciptaku
agar si dia menyedari Cinta HIGH CLASS yang dibaja
Bukanlah mudah retak dan pecah seperti gelas
Sebaliknya mekar mewangi dan kekal bersemadi
Kerana kuyakin rasa cintaku ini kerana agamamu
Kerana ketegasanmu menjadi bidadari syurga
Dikaulah Annisa'..

p/s: sebelum nak tengok,stopkan dulu instrumental song kat bawah tu yea.maceh. ;)


Alhamdulillah, semalam telah diberi kesempatan untuk menghadiri satu forum bicara wanita yang bertajuk Aurat dijaga Syariat Terpelihara. Banyak pengisian yang cikluqluq dapat,dan insyaAllah akan dikongsikan pada next entry. Puisi kat atas ni hasil nukilan seorang sahabat yang saya pun tak kenal..hee..telah dipersembahkan oleh kak Lasmi, moderator pada malam tu. Tak tahu la betul ke tak sebab ada perkataan yang tak berapa jelas.Bagi orang yang tak pandai bersastera macam cik luqluq ni, bait2 kata puisi ni sangatlah indah. dan yang specialnya puisi ni dicipta berdasarkan buku2 hasil tangan ustazah kegemaran cikluqluq, ustazah Fatimah Syarha. so, enjoy it! :)

bicaraluqluq: Nantikan next entry untuk video yang lebih pengisian.InsyaAllah. ^_^
www.tips-fb.com

No comments:

Post a Comment